Bukan untuk mengkritik menghina mengata mencaci atau memburukkan sesama kita

Assalammualaikum..May God Bless You..
Syukur kepada Allah kerana dengan kurnia Nya aku dapat buat blog ni...
Aku tak suka nak cerita panjang2. OK tujuan blog ni bukan untuk mengkritik menghina mengata mencaci atau memburukkan sesama kita, tapi untuk menyuarakan pendapat kite sebagai rakyat Malaysia, pemuzik dan cara hidup kite....mungkin care kite xsama dan ada sebab kenapa kite pilih kehidupan begitu. mungkin orang pandang kite rendah tapi diorg xtau hakikatnya.
Mungkin korang xpuas hati dgn hidup ni, dgn cikgu korang, dgn pemimpin korang, dengan kawan korang, dengan band yang adekat malaysia ni....aku buat blog ni untuk kite semua..untuk SUARA TERPINGGIR...klu korang ade article or idea..korang bole send kat azrulmlk86@yahoo.com.my. aku akan load kan kat blog ni. suarakan isi hati korang....HAIL!!!!!!!!

Sunday, May 15, 2011

Siapa Mahu Bantu Melayu

Bantu dan sokong Orang kita...kalau kita tidak membantu siapa yang akan bantu? Jgn kerana duit,kuasa dan nafsu kita lupa Orang Kita....Biar berlainan Parti atau kideologi..bantu Orang Kita. Kita semakin Tertindas..ape yang dilakukan Kerajaan utk membantu Orang kita bukan bantu Org Parti Saja...Org Lain sedang Bersatu tidak mengira parti...Jgn kita leka ..Jgn Kita kata " Ak xamik Port politik ni.. sebenarnya kita biar kan anak2 kita ttindas pd masa akan dtg..." org lain sedang sibuk mengumpul kaum mereka di bandar2..Org Kita?
Jgn asyik kata Kerajaan xbetul n anda sokong Org Lain...Jika Ada yg xbetul kita betulkan n sisihkan yg xbetul ...kita Sokong Org Kita....Jika bukan Org Kita yg jadi PM, mana Org Kita Hendak Pergi....Kerana ini Tanah Melayu, sy berckp bukan Kerana Parti,, tetapi Kerana Org Kita..Biar Kan PAS memerintah Kelantan tetapi Jgn Org Lain Yg memerintah Negeri2 Melayu...Anda Faham? Kalau cerita korupsi atau rasuah...Mana2 ada...so kita tangkap yg buat tu bukan buang semua skali...

Sunday, April 24, 2011

Hampir 2 tahun, banyak yang telah berubah tentang ak


Assalammualaikum kepada kawan2 dan pembaca semua..
Dah Hampir 2 tahun ak xaktifkan blog ni. pertama sebab aku terlupa password ..heheheh ..kedua sebab ak bnyk komitmen lain... tapi ini xbermakna ak nak close this acc...ape yang dah berubah..?
dalam masa 2 tahun je banyk yang da berubah, dari harga barang , diri aku and org sekeliling aku... dari yang paling perit, merugikan and mengembirakan...klu nak cite semua bnyk sgt sbb ak da lama xaktif..

 

MMMmmmmmmmmm

Skang ak da keje kerajaan ... kalau dulu ak menjadi penternak sepenuh masa, tumpang tanah org and syer macam2 masalah....bnyk gak ak rugi, tp xpela pengalaman ak lebih berharga dari duit beribu tu yang penting hati syer partner ak tu puas....huhuhuh da jd syer partner baru tau perangai die.....skang ni keje kerajaan. gaji cukup makan, tp xpe la bole wat part time..  Now, tgh kumpul wit nak beli tanah sendiri !!!!
 2009,...........tu xcite lg pasal scandal lagi tu..huh penat nakkkk!!!!!
Ape pon life must go on!!!!!!
skang ak ada hobi baru....bersambung!!

Monday, August 3, 2009

Pro-ISA gesa polis tahan Anwar, Hadi dan Kit Siang

Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.

Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.

"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.

"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida) Selangor, Zainal Hashim hadir sama.

Mohd Khairul Azam berkata, kegagalan GMI mematuhi arahan polis supaya membatalkan perhimpunan anti-ISA, telah mengakibatkan kerosakan harta awam dan mengganggu kebebasan orang awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Magaran juga sedang mengumpulkan bukti kerugian peniaga dan orang awam bagi digunakan untuk menyaman GMI.

Gabungan NGO Melayu itu meminta orang ramai dan peniaga yang mengalami kerugian, memaklumkan nilai kerugian mereka mereka melalui telefon (012-9770412) atau emel kepada demorugi@gmail.com

Mohd Khairul Azam yang mendakwa dirinya ahli PAS kawasan Sungai Ramal, Kajang turut mencabar Anwar berdebat berhubung kewajaran penggunaan ISA.

Katanya, tidak semua ahli parti pembangkang bersetuju dengan pendirian pemimpin mereka supaya akta itu dimansuhkan.

Petikan dari Malaysia Kini
Jimadie Shah Othman
Ogos 3, 09

Friday, July 31, 2009

Siapa kata muzik tempatan tidak mendapat tempat di hati pendengar?

Konsert rock indie terbesar

Siapa kata muzik tempatan tidak mendapat tempat di hati pendengar? Malah hanya pada konsert yang membariskan pemuzik indie seperti Estranged, One Buck Short, Pure Vibracions, Bunkface, Republic Of Brickfields, Butterfingers, Koffin Kanser, Zip Zieller, The Otherside Orchestra, Revenge, They Will Kiss Us All, Komplot, OAG dan Upon Arrival, peminat setia menjadi penonton dari pukul 12 tengah hari sehingga 11.30 malam.

Memang diakui ada di antara mereka sudah mendapat perhatian secara komersial. Tetapi kebanyakan daripada mereka masih bergerak bebas dan menghiburkan peminat mereka menggunakan medium alternatif sendiri.

Namun, ini tidak bermaksud mereka kurang popular dan tidak diterima ramai.

Sungguhpun konsert ini berlangsung hampir 12 jam, penonton masih aktif bergerak dan memberi sokongan kepada pemuzik kegemaran masing-masing di bawah limpahan cahaya matahari serta hujan.

Ada sebabnya mengapa konsert RTW yang dianjurkan setiap tahun ini mendapat sambutan memberangsangkan. Dengan tiket berharga RM25, peminat boleh mendengar seleksi muzik dari punk, hardcore, alternatif, grunge, rock dan reggae mengikut cita rasa masing-masing.

Mencecah kos RM400,000 untuk penganjuran konsert ini, RTW8 dimulakan dengan persembahan kumpulan kolej seperti Static Emily, Incarnation, Out To Bed, Dance To The Radio, Sharpshooter dan Harvesting Space Sounds.

Mungkin ramai yang berpendapat konsert yang melibatkan kumpulan-kumpulan indie tidak cukup 'berkualiti'. Tetapi memandangkan kos yang dilaburkan, diyakini tanggapan itu salah.

Pentasnya dibina gagah dengan gabungan penata cahaya dan bunyi pada standard yang tidak 'murah'. Sementara pemilihan penyanyinya juga antara faktor ruang pakir Stadium Merdeka itu sarat.


SAMBUTAN penuh hangat daripada ribuan penonton menghangatkan suasana konsert.


Estranged, OAG, One Buck Short dan Butterfingers contohnya telah membuatkan audiens tidak berhenti sorak memberi sokongan paling padu mereka buat barisan band yang hebat nama dan persembahan mereka.

Butterfingers walaupun tanpa gitaris asal mereka, Loque yang masih berada di Amerika Syarikat tetap mendapat sokongan padu. Kali pertama mereka memainkan material terbaru mereka, tanpa Loque di ruang yang besar namun masih mengujakan.

Sebagai menghormati waktu sembahyang bagi umat Islam, pihak penganjur turut berhenti rehat seketika setiap kali masuk waktu sembahyang Asar, Maghrib dan Isyak. Itu antara inisiatif yang perlu dipuji walaupun semasa mengadakan konsert rock.

Petikan dari www.Kosmo.com.my

Muzik Malaysia Politik Orang Kita


Kenapa mereka sibuk dengan politik, PAS UMNO PKR DAP MIC MCA bercerita utk kepentingan sendiri, menjatuhkan kredibiliti org lain,mempelbagaikan konspirasi, menimbulkan korupsi dan saling bercemuhan, aku telah mendengar ceramah dari umno,pkr dan pas..mereka semua sama saja..menceritakan keburukan org lain untung meraih undi, adakah pas benar2 perjuangkan ISLAM jika bersama bertelagah dan tidak mahu bersatu, adakah PKR memperjuangkan keadilan, jika raja sendiri tidak dihormati, adakah umno memperjuangkan bangsanya jika masih memilih bulu. parti2 lain anda yang nilaikan. POLITIK WANG! bukan di dalam UMNO sahaja, POLITIK WANG ada di dalam semua parti.OI! UMNO tunjuk kan la yang anda tu seorang pemimpin kerana anda telah dipilih, Hoi PAS! Guna lah nama ISLAM itu dgn baik, buat la seperti Nabi kita Muhammad jangan la mencaci dan mengaibkan orang lain walaupun mereka musuh anda. Nabi juga menghormati musuhnya. WOI! PKR, jgn la cuma berjanji kosong, dan lihat la pemimpin awak tu, pandai berkata2 saje..mentang2 la org sastera. LEBIH BAIK anda fikirkan tentang diri anda ,agama ,bangsa, ekonomi negara,pengetahuan anda, pendidikan anda, dan hal ehwal keluarga anda sendiri. Kita bertelagah, negara luar terus maju kedepan dengan teknologi canggih dan pertanian yang maju. MALAYSIA? Heboh dengan politik yang ntah apeape ntah.. dah tua tapi bila dalam parlimen semua mcm budak2..macam orang tak ada pendidikan..MALU! Ade pakar xnak tanya pendapat, buat keputusan ikut sedap kepala je. Ade orang2 pandai xnak dilantik jadi pemimpin, ni klu g kat PBT, cube tengok background semua AHLI MAJLIS, silap2 bekas tukang kebun pun ade. yang penting pandai temberang! DUlu masa Mahathir,Bangga jadi rakyat Malaysia, sekarang macam xbest je! ape dah jadi? salah siape? Salah pemimpin2 parti yang ade kat MAlaysia ni!!!!! Jangan kata org yang rmbt DREADLOCK, mat-mat metal dan budak2 musik indiependent ni tak senonoh, mungkin itu cuma persembahan, sekurang2nya mereka tak menghina bangsa mereka sendiri walaupun berlainan melodi. Lebih baik byr RM25 tgk Butterfingers punya show dari masuk free utk dgr bebelan si pemimpin2 parti ni..! wahai para pemimpin, jadi la CONTOH kepada anak muda, jgn dihina anak muda kalau diri sendiri pun xterjaga, metal itu muzik bkn ajaran sesat. bercerita la dengan pengetahuan bukannya pakai buran jeeeeee.....